Staf Sarjan

Staf Sarjan ialah satu pangkat Penyelia Kanan dalam Kumpulan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Darat Malaysia. Tarafnya di antara Sarjan dan Pegawai Waran II. Ia setaraf dengan Flait Sarjan dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan Bintara Kanan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Staf Sarjan juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi Pegawai Tanpa Tauliah Kanan dalam kelasnya. Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Waran atau Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Sarjan, Koperal dan Lans Koperal. Pangkat ini pada lazimnya memiliki hitung panjang dua belas tahun perkhidmatan dan cukup syarat-syarat yang ditetapkan untuk kenaikkan pangkat. Staf Sarjan juga merupakan pangkat polis di kebanyakan pasukan polis di dunia.